Wednesday, 14 November 2012

LENGKAPKAN KISAH CINTAKU ~ Bab 4


                                                                         
Sepanjang perjalanan,mereka banyak bercerita dan bergurau senda. Ada juga mereka megikuti lirik lagu yang  dimainkan di cd player milik hafiz. Banyak yang dibualkan oleh mereka.

Walaupun Pika cuba untuk kelihatan seperti biasa,namun cubaannya tidak berjaya. Perubahannya berjaya dihidu oleh kedua-dua jejaka tersebut. Tambahan pula dengan sikapnya yang tidak mahu buka kaca mata hitam miliknya,selalunya pika jarang memakai cermin mata hitam apabila berada di dalam kereta.

Tingkah lakunya menarik minat mereka untuk bertanya apa yang telah berlaku. Melihat muka Hafiz yang seolah-olah meminta tolong darinya untuk mengorek rahsia dari pika,shah mengangguk faham. Dia tahu Hafiz risau melihat keadaan sahabatnya yang seorang itu. Maklumlah,mereka bertiga boleh dikatakan rapat.

“ka,boleh Shah tanya something?”Shah membuka soalan yang pertama. Pika yang pada ketika itu sedang asyik melihat suasana tepi highway tersentak. Dalam hati,dia berdoa supaya soalan tersebut bukan mengenai dirinya.

“tanya apa? Tanya lah.”

`“kenapa tak buka makhluk hitam kat mata tu?”Mangsa sudah memberi respon,shah tidak menunggu lama untuk mengajukan soalan

“saja je. Panas.” Bohong Pika.

“tipu. Dalam kereta ni sejuklah Ka. Suasana pun mendung. Dah pukul 5 ka. Bukan pukul 1 tgh hari lagi. Jujur je la. Ka nangiskan?”

“mana ada ! ” pika masih cuba membela dirinya.

“buka cermin mata tu ,buktikan yang Ka tak nangis. Suara Ka serak. Dari tadi asyik bunyi selesema je. Pagi tadi kita orang tengok Ke ok je. Buka lah sekaranh benda tu.”cabar Shah. Pika mengeluh perlahan sambil tangannya membuka cermin mata hitam miliknya seperti yang di arahkan oleh Shah. Dia  tidak dapat lari dari kenyataan lagi. Ikin,Shah dan Hafiz. Jika mempunyai masalah,dia memang tidak dapat membohong mereka. Dia kalah di hadapan mereka.

“ha ! Mata unta tak cukup tidur ! Kan nangis tu. Bengkak. Kalau ka tak bagitahu pun Shah boleh tahu lah. Siapa yang buat?”Shah bersuara tegas. Baru sahaja Pika ingin menceritakan perkara yang sebenar,telefon bimbit miliknya bordering. Nombor yang tidak diundang. Dia mengeluh kasar. Kini,hidupnya tidak seperti dulu lagi. Dia pasti tidak aman dengan gangguan yang bakal dilakukan oleh Rizal terhadapnya nanti.

Panggilan tersebut dibiarkan tidak berjawab. Telefonnya bordering kali,panggilan untuk kali yang kedua pula tiba. Shah dan Hafiz terpandang sesame sendiri.

“kenapa Ka tak angkat?”Soal Hafiz ingin tahu

“Ka dah malas nak layan dia. Ka dah cakap jangan ganggu,tapi dia ganggu.” Pika mula membuka cerita

“siapa dia tu?”Soal shah pula

“bekas cinta monyet Ka masa lapan tahun lepas. Dia dah lama hilang dari dunia ka. Kami berpisah sebab perbandingan antara kedudukan keluarga. Mak dia tak suka kan Ka. Sebab Ka dari keluarga yang agak susah. Mereka merupakan orang kaya baru di kampong ka dulu. ” cerita lama mula dimainkan semula. Sudah lama dia tidak mengingati zaman remajanya dahulu. Pelbagai kisah pahit dan manis yang dihadapinya. telefon yang berdering dibiar begitu sahaja.

“ka satu kampung dengan dia ke?”Soal Shah lagi.
“yup. Dia baru pindah masa umur kami 17 tahun. Dia kembar. Ada adik lelaki. Adik dia berpasangan dengan Ikin…”

***

“hai korang?” Tegur lelaki yang tidak mereka kenali. Pika dan Ikin berjalan laju menuju ke pagar sekolah. Loceng balik telah berbunyi  5 minit yang lalu. Ramai pelajar yang masih berkeliaran di perkarangan sekolah.

Semakin laju langkah mereka,semakin laju jugalah langkah dua jejaka itu. 

“lajunya jalan? Kitaorang nak kenal je lah. Kami budak baru kat sini. Baru pindah dari kuala lumpur. Kami cuma nak kawan je.” Kata salah seoarang daripada mereka. Pika dan Ikin masih laju mengorak langkah.

“kami berdua dah lama perhatikan awak berdua. Dari hari pertama kami disini. Awak berdua dari kelas 5a kan? Kami dari 5b saya Iqbal Hakimi dan ini Iqbal Shahrizal. Awak?”Lelaki tersebut memperkenalkan diri sebaik sahaja memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Pika dan Ikin. Pika dan ikin merenung sesama sendiri. Salam yang dihulurkan oleh lelaki tersebut masih tidak disambut.

“kami cuma nak berkawan. Kami tengok awak berdua asyik bersama je. Terlintas juga niat di hati nak berkenalan”sambung Iqbal Hakimi lagi. Pika dan Ikin tersenyum manis. Iqbal Shahrizal menepuk bahu adiknya perlahan.

“jangan sastera sangatlah adik. Ni kampong. Bukan bandar. Sini banyak adab. Bukan nak main ayat macam kat bandar tu.”
“kenapa nak sangat kenal dengan kami? Kami cuma pelajar biasa. Sama macam yang lain.”Ikin bersuara pelik.

“entahlah. Kami tak tahu kenapa kami nak sangat kenal dengan awak berdua. Kami cuma ingin berkawan. Niat kami baik” terang Iqbal Hakimi lagi.

“baiklah. Mulai hari ni,kita kawan. Saya Aiman Asyikin,dia pula… ”

“Hafika Batrisyah.” Iqbal Shahrizal menyambung. Pika dan Ikin menunjukkan riak pelik.

“tu..”Jari telunjuk Iqbal Shahrizal yang menunjuk ke arah name tag di tudung Pika telah berjaya menjawab persoalan yang bersarat dikepala dua gadis tersebut. Salam dihulurkan sebagai tanda mulanya persahabatan.

“boleh panggil saya Iqbal. Dan dia Rizal.” Iqbal menukar topic perbualan.

“saya pula Ikin dan dia Pika.”Ikin pula menyambung.

“okay. Lepas ni awak nak ke mana?”Soal Rizal.

“balik”Pika menjawab ringkas

“rumah awak kat mana?”Soal Iqbal.

“depan tu.dekat dengan rumah Pika.” Ikin menjawab sambil tangannya menunujukkan arah ke rumah mereka.

“kami pun.” Iqbal menjawab.

“bolehlah kita balik sama-sama lain kali.”Ikin memberi cadangan. Iqbal mengangguk setuju. Pika  yang bergandingan bersama Rizal di belakang hanya memasang telinga.

“awak bukan adik beradik?”Rizal mula membuka topic.

“bukan. Tapi kami rapat dari kecil. Awak kembar?”

“yup. Kembar seiras. Kalau nak kenal pasti perbezaan antara kami,ditangan kanan  saya ada tanda lahir. Iqbal tak ada. Tu je kalau nak bezakan.” Medengar penjelasan rizal. Pika mengangguk faham.

“kenapa pindah kampong?”Soalan ikin membuka minat pika untuk mengetahuinya.

“mama dengan papa yang nak pindah. Kami tak mahu tanya lebih-lebih. Kami cuma ikut je. Walaupun kami dah biasa tinggal di bandar. Tapi,kalau membantah,melepaslah kami nak berkenalan dengan awak berdua.”Iqbal mula mengayat.

“menggoda !” Ikin bersuara manja. Iqbal tersenyum. Rizal dan Pika yang berada di belakang mereka hanya menggelengkan kepala.

Setelah jauh perjalanan,akhirnya mereka telahpun tiba di hadapan rumah Pika. Dia meminta izin untuk pulang. Selang beberapa buah rumah,Ikin pula meminta diri. Tinggallah dua jejaka yang bakal meneruskan perjalanan mereka yang mengambil jarak kira-kira 200m meter dari rumah ikin.

************************************


0 comments: