Wednesday, 14 November 2012

LENGKAPKAN KISAH CINTAKU ~ Bab 4


                                                                         
Sepanjang perjalanan,mereka banyak bercerita dan bergurau senda. Ada juga mereka megikuti lirik lagu yang  dimainkan di cd player milik hafiz. Banyak yang dibualkan oleh mereka.

Walaupun Pika cuba untuk kelihatan seperti biasa,namun cubaannya tidak berjaya. Perubahannya berjaya dihidu oleh kedua-dua jejaka tersebut. Tambahan pula dengan sikapnya yang tidak mahu buka kaca mata hitam miliknya,selalunya pika jarang memakai cermin mata hitam apabila berada di dalam kereta.

Tingkah lakunya menarik minat mereka untuk bertanya apa yang telah berlaku. Melihat muka Hafiz yang seolah-olah meminta tolong darinya untuk mengorek rahsia dari pika,shah mengangguk faham. Dia tahu Hafiz risau melihat keadaan sahabatnya yang seorang itu. Maklumlah,mereka bertiga boleh dikatakan rapat.

“ka,boleh Shah tanya something?”Shah membuka soalan yang pertama. Pika yang pada ketika itu sedang asyik melihat suasana tepi highway tersentak. Dalam hati,dia berdoa supaya soalan tersebut bukan mengenai dirinya.

“tanya apa? Tanya lah.”

`“kenapa tak buka makhluk hitam kat mata tu?”Mangsa sudah memberi respon,shah tidak menunggu lama untuk mengajukan soalan

“saja je. Panas.” Bohong Pika.

“tipu. Dalam kereta ni sejuklah Ka. Suasana pun mendung. Dah pukul 5 ka. Bukan pukul 1 tgh hari lagi. Jujur je la. Ka nangiskan?”

“mana ada ! ” pika masih cuba membela dirinya.

“buka cermin mata tu ,buktikan yang Ka tak nangis. Suara Ka serak. Dari tadi asyik bunyi selesema je. Pagi tadi kita orang tengok Ke ok je. Buka lah sekaranh benda tu.”cabar Shah. Pika mengeluh perlahan sambil tangannya membuka cermin mata hitam miliknya seperti yang di arahkan oleh Shah. Dia  tidak dapat lari dari kenyataan lagi. Ikin,Shah dan Hafiz. Jika mempunyai masalah,dia memang tidak dapat membohong mereka. Dia kalah di hadapan mereka.

“ha ! Mata unta tak cukup tidur ! Kan nangis tu. Bengkak. Kalau ka tak bagitahu pun Shah boleh tahu lah. Siapa yang buat?”Shah bersuara tegas. Baru sahaja Pika ingin menceritakan perkara yang sebenar,telefon bimbit miliknya bordering. Nombor yang tidak diundang. Dia mengeluh kasar. Kini,hidupnya tidak seperti dulu lagi. Dia pasti tidak aman dengan gangguan yang bakal dilakukan oleh Rizal terhadapnya nanti.

Panggilan tersebut dibiarkan tidak berjawab. Telefonnya bordering kali,panggilan untuk kali yang kedua pula tiba. Shah dan Hafiz terpandang sesame sendiri.

“kenapa Ka tak angkat?”Soal Hafiz ingin tahu

“Ka dah malas nak layan dia. Ka dah cakap jangan ganggu,tapi dia ganggu.” Pika mula membuka cerita

“siapa dia tu?”Soal shah pula

“bekas cinta monyet Ka masa lapan tahun lepas. Dia dah lama hilang dari dunia ka. Kami berpisah sebab perbandingan antara kedudukan keluarga. Mak dia tak suka kan Ka. Sebab Ka dari keluarga yang agak susah. Mereka merupakan orang kaya baru di kampong ka dulu. ” cerita lama mula dimainkan semula. Sudah lama dia tidak mengingati zaman remajanya dahulu. Pelbagai kisah pahit dan manis yang dihadapinya. telefon yang berdering dibiar begitu sahaja.

“ka satu kampung dengan dia ke?”Soal Shah lagi.
“yup. Dia baru pindah masa umur kami 17 tahun. Dia kembar. Ada adik lelaki. Adik dia berpasangan dengan Ikin…”

***

“hai korang?” Tegur lelaki yang tidak mereka kenali. Pika dan Ikin berjalan laju menuju ke pagar sekolah. Loceng balik telah berbunyi  5 minit yang lalu. Ramai pelajar yang masih berkeliaran di perkarangan sekolah.

Semakin laju langkah mereka,semakin laju jugalah langkah dua jejaka itu. 

“lajunya jalan? Kitaorang nak kenal je lah. Kami budak baru kat sini. Baru pindah dari kuala lumpur. Kami cuma nak kawan je.” Kata salah seoarang daripada mereka. Pika dan Ikin masih laju mengorak langkah.

“kami berdua dah lama perhatikan awak berdua. Dari hari pertama kami disini. Awak berdua dari kelas 5a kan? Kami dari 5b saya Iqbal Hakimi dan ini Iqbal Shahrizal. Awak?”Lelaki tersebut memperkenalkan diri sebaik sahaja memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Pika dan Ikin. Pika dan ikin merenung sesama sendiri. Salam yang dihulurkan oleh lelaki tersebut masih tidak disambut.

“kami cuma nak berkawan. Kami tengok awak berdua asyik bersama je. Terlintas juga niat di hati nak berkenalan”sambung Iqbal Hakimi lagi. Pika dan Ikin tersenyum manis. Iqbal Shahrizal menepuk bahu adiknya perlahan.

“jangan sastera sangatlah adik. Ni kampong. Bukan bandar. Sini banyak adab. Bukan nak main ayat macam kat bandar tu.”
“kenapa nak sangat kenal dengan kami? Kami cuma pelajar biasa. Sama macam yang lain.”Ikin bersuara pelik.

“entahlah. Kami tak tahu kenapa kami nak sangat kenal dengan awak berdua. Kami cuma ingin berkawan. Niat kami baik” terang Iqbal Hakimi lagi.

“baiklah. Mulai hari ni,kita kawan. Saya Aiman Asyikin,dia pula… ”

“Hafika Batrisyah.” Iqbal Shahrizal menyambung. Pika dan Ikin menunjukkan riak pelik.

“tu..”Jari telunjuk Iqbal Shahrizal yang menunjuk ke arah name tag di tudung Pika telah berjaya menjawab persoalan yang bersarat dikepala dua gadis tersebut. Salam dihulurkan sebagai tanda mulanya persahabatan.

“boleh panggil saya Iqbal. Dan dia Rizal.” Iqbal menukar topic perbualan.

“saya pula Ikin dan dia Pika.”Ikin pula menyambung.

“okay. Lepas ni awak nak ke mana?”Soal Rizal.

“balik”Pika menjawab ringkas

“rumah awak kat mana?”Soal Iqbal.

“depan tu.dekat dengan rumah Pika.” Ikin menjawab sambil tangannya menunujukkan arah ke rumah mereka.

“kami pun.” Iqbal menjawab.

“bolehlah kita balik sama-sama lain kali.”Ikin memberi cadangan. Iqbal mengangguk setuju. Pika  yang bergandingan bersama Rizal di belakang hanya memasang telinga.

“awak bukan adik beradik?”Rizal mula membuka topic.

“bukan. Tapi kami rapat dari kecil. Awak kembar?”

“yup. Kembar seiras. Kalau nak kenal pasti perbezaan antara kami,ditangan kanan  saya ada tanda lahir. Iqbal tak ada. Tu je kalau nak bezakan.” Medengar penjelasan rizal. Pika mengangguk faham.

“kenapa pindah kampong?”Soalan ikin membuka minat pika untuk mengetahuinya.

“mama dengan papa yang nak pindah. Kami tak mahu tanya lebih-lebih. Kami cuma ikut je. Walaupun kami dah biasa tinggal di bandar. Tapi,kalau membantah,melepaslah kami nak berkenalan dengan awak berdua.”Iqbal mula mengayat.

“menggoda !” Ikin bersuara manja. Iqbal tersenyum. Rizal dan Pika yang berada di belakang mereka hanya menggelengkan kepala.

Setelah jauh perjalanan,akhirnya mereka telahpun tiba di hadapan rumah Pika. Dia meminta izin untuk pulang. Selang beberapa buah rumah,Ikin pula meminta diri. Tinggallah dua jejaka yang bakal meneruskan perjalanan mereka yang mengambil jarak kira-kira 200m meter dari rumah ikin.

************************************


LENGKAPKAN KISAH CINTAKU ~ Bab 3


                                                                                      

Beberapa jam selepas Pika pergi,Ikin pulang. Dia masuk ke rumah dan dapati Pika tiada. Dia mula rasa pelik. Dia masuk ke bilik Pika dan mula terperhatikan sekeping nota untuknya. Setelah dibaca. Dia barcakap sendiri.

“pelik. Selalunya kalau nak pergi mana-mana pika call aku. Mesti ada something wrong.” Sedang dia sibuk memikirkan tentang temannya itu. Telefon bimbitnya berbunyi. Rizal.

“i nak jumpa u dekat food republic One Utama sekarang.” Pinta Rizal sebaik sahaja panggilannya di angkat oleh Ikin.

“sekarang? Err okay. I’ll be arrive in 5 minutes.” Balas Ikin.
5 minit telah berlalu. Ikin telah pun tiba di tempat yang dimaksudkan. Handphone dikeluarkan untuk menghubungi Rizal.

“assalamulaikum. Where are you?”

“waalaikumsalam. I dekat dengan escalator. Tempat duduk menghadap jalan.”

“oh i see. Okay.”

Ikin berjalan menuju kearah Rizal. Rizal mempersilakannya duduk. Belum apa-apa,rizal membuka cerita.

“just now i call pika. But she still mad me. I already told her everything. But she’s not trust me.”

“you call her on the spot after i gave her number?” Soal ikin. Rizal mengangguk.

“Did she asking you where you got her number?”Soalnya lagi.

“no. But i tell her u gave me. And i told her that i force you to gave her number to me.” Jawab rizal jujur. Ikin mengangguk faham.

“okay. Now i only can tell you this,i can’t help you because she also mad at me. Okay? Got to go. Assalamulaikum.” Ikin berlalu pergi selepas salam diberi. Pada waktu itu,dia juga rasa seperti ingin memaki rizal. Tetapi dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

'Tak sabar-sabar. Nak call pun,tunggu lah hari lain.  Masa Pika cuti ke.' bebelnya dalam hati.

Sampai sahaja dia dirumah,tiba-tiba kepalanya mula terasa sakit. Sakit yang amat. Dia merasakan kepalanya pakai ditekan oleh orang sekuat hati. Badannya mula terasa seram sejuk. Sejuk yang teramat. Dia menggigil kesejukan. Wal hal cuaca diluar cerah sahaja.  Ketika malangkah masuk ke dalam rumah,perutnya pula yang mula terasa sakit. Rasa sakit itu bagikan mahupun terkeluar isi perutnya. Air mata tak dapat ditahan lagi. Laju mengalirkan bagaikan saluran paip dibuka.

Mulutnya tidak henti-henti menyebut kalimah allah. Sedangkan tangannya menahan sakit di perut. Kpala yang masih pening dan mata yang mula berpinar-pinar.dia terus menggagahkan diri untuk menuju kebiliknya dan mulunya pula semakin laju menyebut nama tuhan yang satu. Derita yang ditanggung,tidak mampu ditahannya. Amat sakit apabila ia dating. Dirinya telahpun merasai kesakitan itu dari dulu lagi. Cuma dia sahaja yang tahu apa yang dirasainya. Dia tidak menceritakan sakit itu kepada sesiapa termasuklah pika.

Setapak demi sepak dia melangkah,akhirnya berjaya juga dia sampai di birai katil.baru sahaja hendak membongkokkan diri,dia terjelopok di atas lantai. Bertambah kuat rasa sakitnya. Dia mengambil sebungkus plastik bewarna hitam dari bawah katil itu. Pantas dia mengeluarkan ubat dan menelannya bagai gula-gula kerana dia tidak larat untuk turun dan mengambil air.

Beberapa minit telah berlalu,ikin yang masih terbaring di birai katil mula rasa sakitnya berkurang.  Dia mengucapkan syukur. Namun air mata masih mengalir laju.

‘ya allah. Adakah sakit ini akan berakhir? Derita ini akan tamat? Hanya padamu ku berserah dan memohon pertolongan.aku tahu ini yang ibu rasa semasa hayatnya di dunia ini.kini aku menjadi waris tunggalnya untuk mewarisi kesakitan ini. Patut ke aku beritahu pika tentang penyakitku?kerana cuma dia sahaja yang aku ada untuk aku menagih kasih.

 Tapi aku tak mahu dia risau. Aku tak nak kerisauan bermain di wajahnya. Tapi cuma pika sahaja yang aku ada  untuk berkongsi segala masalah. Ayah dan abang terlebih dahulu pergi meninggalkan aku akibat kemalangan. Tiga tahun kemudian,ibu mengikut jejak mereka. Aku sudah tidak ada sesiapa selain Pika !’ Ikin mengeluh. Teringat wajah-wajah yang telah pergi meninggalkannya.

“adakah aku akan mengikut jejak mereka dengan keadaan seperti ini?” Itulah persoalan yang berada di mindanya setiap kali sakit itu dating menyerang. Tetapi,dia telah nekad. Dia tetap akan merahsiakan sakitnya. Biarlah orang lihat dia sebagai Ikin yang cerian. Bukan ikin yang lemah. Dia akan beritahu Pika apabila sampai waktunya.

“aku kena kuat hadapi semua ni. Aku tak lemah. Aku ada pika. Pika ada aku. Dia kekuatan aku. Dan aku kekuatan dia. Aku kena kuat !”

LENGKAPKAN KISAH CINTAKU ~ BAB 2


                                                                                 
 Pada hari ini,Pika terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting,awal-awal pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya,takut terlambat pula,sehinggakan sarapan yang disediakan oleh ikin pun tidak sempat dijamahnya. Panjang muncung ikin melihat pika terus meluru ke pintu. Dengan mengenakan seluar track bewarna putih,di padankan pula dengan baje kemeja lengan panjang bewarna biru muda dan dikenakan pula dengan selendang yang bewarna biru muda. Pika menoleh dan tersenyum. Ikin mencebik tanda protes. Kemudian dia menuju dan memboloskan diri ke dalam kereta viva putihnya dan memulakan pemanduan. Apabila  telah tiba di bilik mesyuarat di tempat kerjanya. Bagai yang dijangka,semua orang yang berkenaan telahpun berada dibilik tersebut. Ternyata memang dia sudah terlewat.

“maaf semua.” Selepas membuka pintu dan sedar dia diperhatikan. Pika meminta maaf atas kelewatannya sehingga membuatkan semua orang terpaksa menunggunya.

“tak apa pika. Duduklah”pelawa Encik Azzam iaitu pengurus di syarikat pembinaan tempat pika bekerja. Pika mengambil tempat di antara Hafiz dan shah yang berada di barisan kiri dari tempat Encik Azzam  berada.

“kenapa ni?”Pika berbisik perlahan di sebelah Hafiz. Dia memang tidak tahu apa sebabnya dia dan rakan setugasnya dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

“masalah projek yang kita plan dekat kedah itu lah ka.”Hafiz menjawab perlahan. Pika mengangguk paham walaupun dalam kepalanya terdapat pelbagai soalan yang berligar-ligar.

“baiklah. Disebabkan semua sudah ada di sini,eloklah kita mulakan. Begini,semalam saya diberitahu oleh hafiz bahawa dia mendapat call dari ketua kontraktor dari rakan kongsi syarikat kita iaitu Encik Lukman bahawa projek kita di kedah ada masalah. Betul tak Hafiz?”Soal encik Azzam dengan nada yang agak serius. Hafiz mengangguk tanda apa yang diberitahu tadi adalah benar.

“betul tuan. Saya diberitahu bahawa peralatan yang dihantar untuk tingkat dua dari atas banyak yang kurang. ”jawab hafiz tenang.
“bukan itu sahaja tuan,pagi tadi saya menerima faks daripada mereka. Cuba tuan lihat,senarai peralatan yang kurang seperti tiang konkrit,zink,paip saluran ke tangki dan juga alat-alat pemateri semuanya kurang. Lebih membimbangkan,dalam senarai kira-kira yang dilakukan oleh linda semuanya tepat dan tidak ada satu pun yang kurang. Syarikat telah banyak mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar seluruhnya,tetapi bagaimana boleh kurang?” Shah mula bersuara sambil menghulurkan kiriman faks yang dimaksudkan kepada Encik Azzam. Dia,Pika dan Hafiz merupakan orang kuat syarikat mereka yang ditugaskan untuk mengetuai projek tersebut kerana mereka yang telah mencadangkan projek itu dilakukan.

“erm. Betul juga. Pika,awak ada terima apa-apa maklumat dari mereka?” Soal Encik Azzam. Kini, semua mata tertumpu kepada Pika yang masih buntu dengan apa yang berlaku. Dia pantas menggeleng sebagai tanda menjawab soalan yang diajukan oleh Encik Azzam tadi.

“pelik. Macam mana boleh salah pula? Sedangkan saya dah buat senarai kira tu dengan teliti.  Bukan ke kita semua telah kira benda itu berulang kali sebelum membuat pesanan? Nak dekat setahun,baru ada masalah?” Soal Linda pula yang merupakan akauntan syarikat mereka.

“itulah masalahnya,bahagian atas bangunan je yang kurang sekarang ni. Projek  tu patot siap dua bulan lagi. Macam ni je lah. Linda,tunjuk semula senarai yang awak buat tahun lalu. Saya mahu periksa semula.”

“sekejap ye tuan,saya ambil dalam fail. Ia tersimpan dalam almari di bilik Datuk Zulkifli.” Ujar Linda dan dengan pantas dia bangun lalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Encik Azzam mengangguk.

Sementara tunggu Linda,telefon bimbit milik Encik Azzam berbunyi. Beberapa ketika kemudian,dia bersuara.

”lepas ni kamu bertiga jumpa saya dalam bilik saya.”Arahan Encik Azzam kepada Pika,Hafiz dan Shah membuatkan banyak tanda tanya dalam kalangan mereka. Mereka mengangguk paham.
Beberapa ketika kemudian,Linda muncul dengan fail hitam yang melekat di tangannya. Lantas fail itu diberikan kepada Encik Azzam.  Baru sahaja dia ingin duduk di tempat duduknya,Encik Azzam mula bersuara.

“terima kasih Linda. Saya rasa elok kita berhentikan mesyuarat ni dahulu. Saya ada perjumpaan penting dengan Datuk Zul. Awak bertiga,ikut saya.” Arah Encik Azzam dan terus berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu  dengan diikuti oleh yang lain.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Encik Azzam. Selepas daun pintu dikuak,Datuk Zulkifli dan Datuk Leow telahpun berada didalam bilik tersebut. Setelah dipelawa oleh Datuk Zulkifli,mereka  berempat terus duduk di sofa yang disediakan .
no need to say anything. Just listen my suggestion that i have discuss with datuk leow just now. ” ujar datuk zulkifli. Mereka mengangguk paham.

“based on the problem that Datuk Leow and his employee  told us about the project,we have insufficient  equipment right?”
“and although we have count the list correctly,but still got a bad problem about it. So,straight to the point, we think got a few people are planning to destroyed our project. To make all of you understand easily,we think that got some people from our company have doing something without our  knowledgeable.” Selesai sahaja Datuk Leow menghabiskan kata-katanya,mereka berempat memandang sesame sendiri.

“but Datuk. Based on your impression,which person that you think? ” soal Hafiz ingin tahu.

“i don’t know. That’s why i just call four of you. I don’t think you all make this problem right? So,i just make this meeting privately with you all because i don’t want any person in our company know what we have plan.”Terang Datuk Zulkifli pula
“so,what your plan sir?”Soal Shah pula.

“just  assume that this is a big planning that we must do. Don’t tell anyone about this. Discuss here and finish here.” Datuk Leow pula bersuara.

“we’ve planned to command shah,pika and hafiz to investigate this problem with encik lukman at kedah. Just take a longer time as you want. I know this is not so easily to do right? Don’t worry. We also help all of you. While you going there,we will tell your officemate that you are going to help another project at pahang and the project at the kedah have been settled.. So,nobody will feel something about you. And the person that we said as ‘orang dalam’ project will think that they are safe from our  trap. So,what you guys think?” Soal datuk zul untuk meminta pendapat daripada mereka.

that are really smart planning sir ! We all are agree to do this duty.” Ujar shah bagi mewakili mereka yang lain.

“so,by today you all can start your journey.” Ujar Encik Azzam pula bagi meawkili bapanya, Datuk Zulkifli. Lagi cepat mereka pergi,lagi cepat masalah mereka selesai.

“not a big problem sir. We can use my car.”Hafiz pula mencadangkan.

“bagus. Boleh ambil duit minyak dan duit belanja untuk awak bertiga dekat bilik saya nanti. Hafika, jgn lupa bawa salinan lakaran mengenai bangunan itu nanti. Shah,apa-apahal jangan lupa inform dekat Encik Azzam. Hati-hati bawa kereta hafiz. Make a smart job. Semoga berjaya dan selamat pergi,selamat balik.” Ujar Datuk Zulkifli.

Selesai sahaja mesyuarat tersebut,Pika terus memecut laju keretanya  dan terus menuju ke Damansara Utama. Dia harus bergegas kerana dua jam lagi Hafiz dan Shah akan menjemputnya. Sampai sahaja dalam perkarangan rumahnya,dia terus menutup pintu pagar dengan remote control yang melekat di tangan. Apabila pintu rumah terbuka,dia pantas berlari menaiki anak tangga. Hamper-hampir sahaja dia terjatuh.

“oi anak kau ! Amin. Nasib baik sempat pegang pemegang ni. Kalau tak,mahu dalam hospitallah aku kejap lagi. But,apa-apa je lah. Kedah ! Cek mai ni !”Ujarnya perlahan. Berdegup laju jantungnya. Perlahan-lahan dia bangun dan meneruskan larian yang tergantung tadi ke biliknya.

Cepat-cepat dia mengemas pakaian dan keperluan yang perlu dibawa. Termasuklah kamera digitalnya. Selepas mengambil masa selama beberapa minit ,akhirnya selesai juga kerjanya. Tersandar dia di birai katil akibat kepenatan. Tercungap-cungap dia untuk bernafas gara-gara ingin cepat.

Namun dalam masa yang sama,otaknya masih ligat memikirkan tentang masalah yang diterimanya pagi tadi. Kusut fikirannya apabila mengingati semula masalah yang baru timbul itu.

Apabila telah kurang rasa penat tadi,dia bangun dan menggapai tuala yang tergantung di dinding bilik. Baru sahaja dia ingin  masuk ke bilik air untuk mandi,tiba-tiba telefon bimbitnyaq berbunyi. Dia mengeluh perlahan. Tertera nombor yang tidak dikenali di skrin telefonnya.

‘ish ! Orang nak mandi lah ! Kacau betul ! Eh,siapa pula yang call ni?’ soalnya dalam hati. Tangannya pantas menekan punat unyuk menjawab panggilan yang tak dikenali tersebut.

“assalamulaikum.”Dia memulakan pernualan itu dahulu.

“waalaikumussalam. Ni Hafika Batrisyah ke?”Soal pemilik nombor tersebut. Lelaki !

“err yup. Ni siapa ye?”

“tak kan u dah tak kenal i? U dah lupa ke dekat i?”Soal lelaki tersebut seolah-olah mereka mengenali antara satu sama lain.

“Sorry. Can you tell me your name. Maybe i know who you are.”

“ikin baru je jumpa adik i semalam. Kita pula bila nak jumpa?” Soal lelaki itu lagi. Terdengar sahaja soalan dari lelaki tersebut,air matanya mengalir laju. Mulutnya seakan-akan terkunci. Dia kaku.

‘betul ke ni?’soalnya dalam hati.

hello Pika? Is it u must take a long time to mention my name dear?”

“Rizal. Iqbal Shahrizal bin Datuk Mukhriz” perlahan sahaja butir-butir perkataan nama itu keluar dari mulutnya.

“wow great ! You still memorized my name and my dad name also. I thought you already forget me.” Ujar Rizal. Gembira benar suaranya.

“memang i dah lupakan u. Sejak last day kita dapat result spm. sejak u tak tinggalkan apa-apa khabar berita,sejak tu i dah lupakan u.. I tahu your mom tak suka i. Sebab tu u and your  family pindah dari kampung dengan tiba-tiba. U tak pernah cuba cari i sampailah u pergi oversea dengan adik u. Sejak tu juga i terus cuba untuk lupakan u.  Sakit hati i. Perit tahu tak? Kenapa u muncul balik? Kenapa muncul balik? I dah penat untuk lupakan u. 8 tahun i cuba. Bila i dah berjaya lupakan u dan tohmahan dari mama u,tiba-tiba u muncul semula? Untuk apa lagi nak cari i? Cukup lah ! I dah tak nak dihina ! Jangan contact atau cari i lagi !” Sedu sedan Pika mengeluarkan kata-kata. Dia benar-benar tidak dapat menahan sebak di dada.

“sayang,please don’t be like this. I kena paksa dengan mama untuk buat tu semua.i tak tahu pun mama pernah sound u dulu. And i know why she do like that. She’s not only hate you. But your family too. Because we in one family. I am your cousin. We separate since we in third years old. This is because of the will from our grandfather. Your mom is my aunt. And my mom is your mak su ! And that why we move to teluk intan,because mama want to take back her owned.i tak tipu.” Terang Rizal dengan nada seakan-akan merayu.

“penipu ! Jangan nak buat alasan ! My mom tak ada adik. My mom anak bongsu yang cuma ada dua beradik iaitu my mom and my uncle !“ jawab Pika dengan marah.

“i tak tipu, last i tahu,masa i balik dari oversea. Tu pun papa yang bagitahu.sejak tu,i terus cuba untuk cari u. I try contact nombor lama u. Tapi i confirmed yang u mesti dah tukar nombor.merata tempat i cari u. Sampailah semalam iqbal bagitahu yang dia ada jumpa ikin. I terus minta nombor ikin kat dia and minta pula nombor mu. Mula-mula dia tak nak bagi.  Tapi lepas i dah merayu-rayu dekat dia,baru i dapat. I tahu ikin tak suka orang merayu-rayu dekat dia. I’m sorry sayang. I still love you as i love you before. I never change my feel to you sayang. I miss you so much.” Rayu Rizal.

“ u jangan nak merayu dengan i. I bukan macam ikin. Dan i juga bukan pika yang dulu. Pika dulu yang  lemah. Yang senang beralah. Tapi sekarang,tu semua dah tak ada ! One more thing,i dah tak sayang u lagi. Lastly ! Don’t you dare to call me ‘sayang’. I am not your sayang anymore ! Get it ?! Assalamualaikum” keras suaranya memberi arahan dan akhirnya dia menamatkan panggilan yang tidak diundang tersebut. Telefon di tangan dicampakkan ke atas katil.

Aku pergi kedah hari ni dangan officemate aku. Ada kerja yang kena buat. Maaf tak sempat bagitahu awal-awal. Aku kena pergi dengan tiba-tiba. –pika



            Lalu nota itu diletakkan di atas meja soleknya. Dia terus menuju ke bilik air untuk meneruskan niatnya yang tergendala tadi. Dilihat wajahnya dicermin dinding bilik air tersebut,dia mengeluh perlahan. Bengkak mata. Maka,perlulah dia memikirkan cara bagaimana untuk mengelakkan diri daripada soalan-soalan cepumas yang bakal ditujukan oleh Hafiz dan Shah tentang matanya itu.

“macam mana ni? Mata aku. Kenapalah kau ganggu aku sekarang Rizal? Macam mana aku nak jawab kalau Hafiz and Shah tanya. Pagi tadi elok je.” Keluhnya sendirian. Buntu fikirannya memikrkan masalah yang datang.
‘lepas satu,satu masalah yang timbul. Ya allah ! Mandi ! Dah lambat.’ monolognya sendirian. Kelam kabut dia menjalankan tugas dalam bilik air itu.

Usai mandi,dia terus menuju ke almari bajunya. Setelah mencari pakaian yang sesuai,dia terus mengenakannya ke tubuh. Bath scaft yang tersarung dikepala ditanggalkan. Selepas mengemaskan rambut dan mengikatnya,dia terus mencari selendang di dalam laci, kuning. Warna selendang yang dipilihnya untuk di padankan dengan baju yang bewarna putih itu.

Selesai bersiap-siap,dia menggapai sun glasses yang terletak di atas meja soleknya.

“good idea Pika. Pakai benda ni. Jangan tunjuk kesedihan kau. Kau tak lemah. Kau kuat ! ” dia memberi semangat sambil memakai cermin mata hitam tersebut untuk melindungi matanya yang bengkak.
Bunyi hon kereta Hafiz kedengaran. Laju dia mengambil luggage yang terduduk cantik di birai katil. Handphone yang berada di atas katil dicapainya. Setelah memastikan semua suis ditutup,dia pun melangkah keluar.

Apabila dipastikan semua tingkap dan pintu selamat dikunci,pika terus keluar dan mengunci pintu. Sampai di hadapam pagar rumah,shah menawarkan diri untuk membantunya memasukkan beg pakaian tersebut kedalam bonet kereta  myvi milik Hafiz. Pika mengambil tempat di tempat duduk belakang.

“wah ka ! Bercermin mata hitam bagai. Bercuti sakan nampak?”Usik Shah sebelum Pika memboloskan dirinya ke dalam kereta . Pika tersenyum.

**************************

(Selamat Membaca --- maaf ye, masih banyak yang perlu diedit)