Wednesday 14 November 2012

LENGKAPKAN KISAH CINTAKU ~ Bab 1




Basah kuyup,setelah seharian berjalan. Badan yang  basah kuyup,ditambah pula kepenatan akibat menggunakan tenaga yang terlalu banyak telah pun hilang. Tersandar dia di sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya. Helaan nafas yang panjang membuatkan dia terasa seperti hendak melelapkan mata. Baru sahaja mata dilelapkan, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu perkara yang wajib dia lakukan. Telefon bimbit di poket seluar dikeluarkan. Tangannya pantas mendail nombor insan yang selama ini berada disisi.

“Cik Hafika Batrisyah. Kemana kamu ni? Jangan lupa janji kamu pagi tadi. Cepatlah balik. Permaisuri cantik dah lapar ni.” Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada teman serumahnya yang berada di hujung talian.

“Assalamualaikum,” perli insan yang digelar Hafika Batrisyah itu. Dia tersengih lalu menjawab salam yang dihulurkan.

 “Waalaikumussalam.”

 “Tu lah. Main serang lagi. Cuba bagi salam dulu.”

 “Sorry lah. Ikin dah lapar sangat. Takut pika lupa je.”

 “Tak lupalah. Aku on the way nak balik ni. Kau siap-siaplah dulu. Dalam sepuluh minit aku sampai. Dah, aku tengah drive ni. Kalau kena saman, bukan kau nak bayar. Ear phone aku pun kau tak ganti-ganti lagi. Ni pulak nak bayar saman. Susah tahu tak ada earphone ni. Nanti aku sampai, kita terus gerak.” Talian dimatikan sebaik sahaja Pika menghabiskan kata-katanya. Stereng kereta dibelokkan ke arah kediamannya yang terletak di Damansara Utama
           
Pin…pin… berkali-kali hon kerata ditekan untuk memanggal Ikin yang masih berada di dalam rumah.

‘Mesti tengah bersiap lagi ni. Tak pon baru nak gosok tudung. Confirm’ Pika bermonolog sendirian.

               Sekali lagi hon kereta ditekannya. Beberapa minit telah berlalu,dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Ikin berlari-lari anak menuju ke kereta Viva milik Pika selepas pintu rumah dikunci, dia berlari-lari bagaikan menemui garisan penamat.  Malam itu Ikin mengenakan baju hitam berlengan panjang, berseluar jeans biru tua, bertudung sarung putih dan beg tangan merah yang terkepit di celah ketiak.  Pika pula hanya mengenakan kain labuh bewarna kelabu, berbaju putih lengan panjang dan berselendang kelabu.

“Awal sungguh kau siap hari ni kan? Awal gila!” perli Pika sebaik sahaja Ikin memboloskan diri ke dalam keretanya.itulah perkara yang amat dibencinya. Menunggu gadis yang bergelar Aiman Ashikin itu bersiap akan mengambil masa yang agak lama. 

“Sorry lah pika. Ikin bukan lambat sangat pun. Tadi Ikin punya tudung hilang,dia main nyorok-nyorok dengan ikin. Bila dengar bunyi hon kereta Pika. Baru Ikin dapat jumpa tudung ni,” terang ikin dalam keadaan nafas yang tercungap-cungap akibat merentas desa dari rumah mereka ke kereta pika.  Dengan senyuman yang melebar tanpa menunjukkan rasa bersalah.

“Jujur je lah. Kau baru nak gosok tudung kan tadi?”

 “As you know my dear” jawab ikin selamba. Pika mendengus geram. Seperti yang dia selalu jangkakan,memang tepat tekaannya. Ikin yang berada di sebelah ketawa nakal.

            Pika terus memandu keretanya melalui lebuhraya yang menuju ke kuala lumpur itu. 5 minit perjalanan,suasana sepi seketika,hanya suara dj radio sahaja yang berkumandang. Adakalanya, bunyi lagu yang berkumandang melalui siaran radio itu membuatkan Ikin dan Pika turut sama menyanyikan bait-bait lagu tersebut.

            Hari minggu merupakan hari untuk mereka riadah bersama. Maklumlah,setelah hampi setiap hari masing-masing sibuk dengan hal kerja. Jadi,hari ini sahajalah mereka dapat meluangkan masa untuk bersiar bersama-sama. Cuma pada hari ini, hanya waktu malam sahaja mereka dapat bersua muka kerana pika mempunyai urusan dengan teman sepejabatnya.

 “Pika tahu tak tadi ikin jumpa siapa?” soal Ikin secara tiba-tiba semasa kenderaan pacuan empat roda itu berhenti ketika lampu isyarat bewarna merah. Pika memandangnya sekilas dengan mimik muka separa terkejut akibat suara excited ikin yang tiba-tiba memecah kesunyian di dalam kereta. Ikin yang berada di sebelah tersengih bagai kera sumbang sambil menanti respon pika.

 “Hah ? Siapa yang kau jumpa?” soal Pika ingin tahu.

 “Ikin jumpa Iqbal,” pendek sahaja jawapannya,akan tetapi respon yang diberikan oleh Pika agak panjang sehingga memalukan mereka.

“What?”Pika menjerit kuat sambil memandang tepat kearah Ikin. Jawapan Ikin tadi membuatkan dia secara tidak sengaja menekan hon keretanya agak kuat dan lama. Beberapa ketika,banyak mata-mata yang juga penghuni jalan raya yang memandang kearah mereka denagn pandangan yang pelik. Pika dan ikin segera mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf atas gangguan yang tidak disengajakan itu.

“Agak-agak lah Ka, tangan tu cuba control sikit. Buat malu aje,” ujar Ikin dengan muka yang merona merah akibat menahan malu sebaik sahaja kereta mereka naiki melepasi lampu misyarat bewarna hijau.

“Sorry lah kin. Aku terkejut lah. Kau biar betul?”

“Betullah. Takkan Ikin tipu pulak. Pika ni pun. Tu pun sebab Ikin terserempak dengan dia masa Ikin pergi bagi geran rumah yang dekat Mutiara Damansara tu kat datuk mukhriz”jelas Ikin panjang lebar bagi meyakinkan pika yang masih dalan keadaan seakan-akan tidak percaya.

“Oh oh oh rumah yang dekat atas bukit tu kan? Iqbal buat apa dekat situ?”Pika menyoalkan lagi. Topic kali ini bagaikan menarik dirinya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

“A’ah. Ha.. Ni yang Ikin nak tanya Pika sebenarnya. Cuba Pika teka siapa dia Iqbal Hakimi dengan Datuk Mukhriz tu?”

“Ni yang aku malas ni. Cubalah kau bagi je tahu direct dengan aku. Tak payah nak mein teka teki. Cepatlah. Aku nak tahu ni. Kalau tak…”

“Kalau tak?”Belum pun sempat pika menghabiskan ayatnya,Ikin terlebih dahulu memotong jalan kata-kata Pika.

“Kalau tak,kau pilih antara dua. Nak aku tinggalkan kau dekat tepi jalan ni ke, atau kau nak aku nyanyi lagu tanganku dalam mulutmu? Pilih cepat”ujar pika dalam nada mengugut.

“Ish ! Gurau pun tak boleh. Iqbal tu anak Datuk Mukhriz lah. Tadi adalah Ikin main soal jawab sikit dengan si Iqbal tu. Masa Ikin tanya kat dia tu kan,dia boleh gelakkan Ikin. Ha.. Puas dah cik Hafika batrisyah?”

“What? Anak dia? Maknanya Rizal pun anak dialah”terlanjur perkataan tersebut dari mulut Pika.

“Oi kak ! Dah kata adik beradik,kembar pulak tu. Mestilah diaorang sama bapak dan mak. Apalah ! Tapi tadi Ikin pun  terkejut jugak masa dapat tahu benda tu. Tapi time tu Rizal tak ada. Dia ada hal. One more thing,rumah tu datuk beli untuk diaorang tahu. Hadiah dari seorang bapak untuk sepasang anak kembar yang satu-satunya cahaya mata dia. So sweet,” ujar Ikin sambil menahan tawa di hujung kata-katanya.

“Kecilnya dunia ni kan Kin? Tapi otak kau lagi kecik Kin. Tambah pula dengan fikiran kau yang macam dah nak berkarat tu lagi. Memang lah bagus.”

“A’ah lah ka. Berpisah kat kampung,bertemu pula kat sini. Ish ! Kenapa pulak?”Ayat-ayat Ikin mati di situ selepas dirasakan suasana menjadi sunyi semula.

“Dari kampong lagi kita dah tahu dia anak Datuk Mukhriz kan? Yang kau soal aku lagi buat apa?” Pika menyoal geram.

“Eh ye ke? Habis tu kalau dah tahu,kenapa buat macam tak tahu? Patutlah tadi Iqbal gelakkan Ikin. Mcm mana pula lah ikin boleh lupa datuk tu jiran kita dulu. Patutlah macam pernah jumpa.”Ikin membuat mimik muka pelik. Pika tahu sangat sahabatnya yang satu itu kadang kala memang selalu jem daya pemikirannya.

“Saja nk layan kau. Nyanyuk sangat. Dari awal lagi aku tahu siapa datuk tu masa mula-mula kau bagitahu kau ada buat bisnes dengan dia. Cuma aku diam je. Sebab aku tak sure sangat is it memang dia or orang lain. Kejap lagi aku nak bagi kau makan kerusi free. Biar elok sikit daya pemikiran kau tu,” ujar Pika. Ikin menarik muka.

Pika terdiam sebaik sahaja nama Rizal muncul dari mulutnya selepas 8 tahun nama itu tidak pernah disebutnya. Malah, sekalipun dia tidak mahu nama itu muncul dalam ingatannya. Makin diingat,makin sakit hatinya. Sehingga kini dia masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku antara dia dan ibu Rizal yang kini sudah bergelar Datin itu. Murahnya rezeki satu-satunya insan yang dicipta tuhan ini.

‘Aku harap mulai saat ini Rizal tak akan cari diriku lagi. Ya allah,jauhkanlah aku dari setiap perkara yang tidak kuingini. Amin.

************************************

Selamat Membaca, semoga terhibur.  Sudi2lah drop komen...

0 comments: